24 August 2015

Benda selalu orang tanya

Salam. Hai! Ya Allah lamanya tak main tulis tulis ni. sekarang rasa macam start tulis balik. eh jari rasa awkward gila nak type ni. haha. okay laa back to the topic. actually ada satu benda ni yang selalu bagi kepala aku semak sangat. benda yang sama orang dok tanya. rasa macam nak tampal kertas kat dahi tulis jawapan. malas k nak jawab banyak kali. sampai satu tahap orang tanya benda tu, aku diam ja, buat benda lain. lantak la nak kata apa. cuba la sekali tak payah nak sibuk sangat.

TAK SAMBUNG BELAJAR KE?

KENAPA TAK SAMBUNG? 

DAH TU TAK KERJA KE?

KENAPA TAK KERJA?

PASTU BUAT APA JA SEKARANG?

TAKNAK KAHWIN KE?

THIS!!! soalan berangkai. soalan yang selalu orang sekeliling tanya. aku tak kisah saudara ke kawan ke stranger ke, yang sibuk nak ambik tahu sangat tu kenapa? penting ke? nanti benda  ni naik exam ke ada keluar kat mana mana? berita ka? seriously, naik semak tau. sangat k. kenapa, kalau tak sambung tu tak pandai ke? kalau tak kerja tu pemalas ke? tak kahwin tu tkda orang nak ke?

oh well, memang aku tak sambung belajar sebab byk sebab laa. haha. first, my dad kena transfer jauh haritu, since takda sapa yg boleh drive, so nak tak nak aku sebagai yg first ni kena la buat apa yg patut. tipu la kalau takda complain kat diri sendiri ke orang lain, haha sbb almost hari hari benda yang sama kot. makin lama makin cemuih orang kata. pendek cerita kena berbakti kat family aku. gituu. hehe. and then, my dad taknak aku jauh dgn family dah sbb senang bila aku dekat dekat ni. so bila takda course aku nak kat Kedah ni so aku pun mcm relax la dulu kot even awal awal tu rasa bengang kan. lama lama pkir mcm ada kot hikmahnya. serius makin lama makin aku takot pulak nak jauh dgn family. mana tau tiba tiba something buruk happen kat family aku especially my parent, mau menyesal tak sudah. so maybe ni hikmah dia kot.

ok dah la sikit, now kenapa aku tak kerja? masa awal awal aku kerja ja dgn mama, tapi ntah laa, even mama bukan orang lain, aku still mcm susah nak kerja dgn orang. haha. so now aku buat kerja sendiri, aku buat bisnes sendiri, even takda la seberapa, but Alhamdulillah, kalau nak keluar ke apa ke takda dah aku mintak duit kat abah. kurang sikit beban abah kan.sebenarnya mcm bangga jugak aku tak mintak duit dah haha and then nak travel mana mana pun simpan sendiri ja duit. hg tau dak, feel dia lain kot guna duit sendiri. i mean hg susah payah cari rezeki, bila hg spend tu kira ingat la dunia sama. haha. dah paham macam mana susah mama abah cari duit nak bagi kami adik beradik makan.

kahwin? ok topic ni mcm speechless gak laa. yes, mmg ada jealous tgk kawan kawan aku yg dah kawen awai dpat baby semua. masa tu aku mmg tergedik gila nak kahwin. haha. tapi lama lama aku macam takda mood pun nak kahwin la ni. bukan apa, hg nak kahwin bukan nk kahwin dgn bakal laki hg saja, tapi hg akan kahwin sekali dengan family dia ok. jangan buat main. byk tanggungjawab. mcm mana hg nak handle laki hg bila dok serumah, mcm mana hg nk terima kekurangan dia ylaa i mean dah serumah kan nampak habeh aih cela buruk semua, time tu nak menyesal pun dah tak boleh. bab ni memang kena get ready. buruk tera mana pun tu isteri hg tu laki hg tu, bimbing la dia bukan tengking. serius, aku mmg tak ready dah nak kahwin sekarang. biaq la masa tentukan. ceh dulu bajet konon dah ready. haha. takot bukan apa, satg awai awai kahwin ja manis meleceh lama lama manis tang mana meleceh tang mana. tapi sebenarnya kalau boleh aku nak sempatkan tok aku tgk aku kahwin. huhu. insyaAllah ada jodoh ada rezeki kahwin la awai.

okay, nanti aku tulis lagi. aku tulis just for fun,random, takda nak tuju kat sapa sapa. so jangan banyak cakap. haha. ok bye. salam. :)


please leave a lovely note that you are here ♥

2 comments: